Tuesday, April 28, 2009

Surat Aduan Mengenai Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan (Diubah Suai)

Muhammad Noor Azhar
Pasir Ris dr 6 Blk 321
#04-128
Singapore 111321

29 April 2009

Pengurus
SISTIC.com Ptd Ltd
5 Stadium Walk #08-01
Singapore Indoor Stadium
Singapore 196793


Perkara: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan

Merujuk pada perkara di atas, saya, seorang pelanggan Sistic, ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan yang kurang memuaskan. Saya telah ke lelaman web tuan dan juga pejabat tuan untuk membeli tiket untuk konsert 'David Archuleta' seminggu yang lalu tetapi gagal.

Saya dapati lelaman web tuan susah untuk masuk. Ia telah memberitahu saya supaya tunggu selama setengah jam sebelum mencuba lagi. Saya pun tunggu. Tetapi setelah satu jam dan setelah saya cuba lagi untuk masuk, ia tetap sarankan supaya untuk tunggu setengah jam lagi. Konsert David Cook hanya berapa hari lagi. Saya berasa amat marah kerana tidak dapat tiket dengan cepat.

Saya juga ke pejabat Sistic untuk membeli tiket di sana. Saya ke sana pada hari Rabu yang lalu. Saya terkejut apabila terlihat yang hanya satu kounter yang buka untuk melayan siesiapa yang nahu membeli tiket. Barisannya sungguh panjang. Ia juga bukan hanya untuk pembelian tiket konsert 'David Archuleta', tetapi persembahan-persembahan yang lain juga. Saya pasti ramai pembeli yang sedang beratur berasa sama seperti saya. Saya pun tanya pelayan kounter itu mengapa hanya satu kounter buka dan dia menjawab dengan nada yang marah yang rakan-rakan kerjanya ambil cuti. Saya tidak tegur bagaimana dia melayan kerana saya tahu yang dia rasa sungguh bingit dengan situasi yang dia sedang hadapi dan penat melayan ramai pelanggan.

Pihak tuan boleh mengambil tindakkan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Pihak tuan boleh mempertimbangkan berapa pekerja tuan kerja pada satu hari kerana pasti satu pekerja tidak boleh menangani ramai pelanggan. Untuk lelaman web tuan, tuan boleh menambah sukatan lelaman web tuan supaya lebih pelanggan boleh masuk dengan mudah. Saya harap tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya.

Semoga aduan saya ini dapat perhatian pihak tuan. Besar harapan saya jika pihak tuan ke lelaman web tuan dan pejabat tuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi masalah yang saya dan pelanggan-pelanggan yang lain sedang hadapi. Perhatian dan kerjasama pihak tuan akan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar
(Tanda Tangan)
Muhammad Noor Azhar

No comments:

Post a Comment